UNIT PEMBANGUNAN INOVASI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN INOVASI & STANDARD
CAWANGAN JALAN (CJ)

  1. Apakah itu RMAL?

    • RMAL adalah singkatan daripada ‘Road Material Approved List’ yang merupakan satu sistem portal senarai bahan/ barang yang telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Bersama (JKR-LLM) Kelulusan Produk bagi Kerja-Kerja Jalan (JBKPJ).

  2. Bagaimana saya hendak mendaftar produk keluaran syarikat saya?

    • Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang JKR Malaysia atau dari pautan https://jmal.jkr.gov.my/rmal

    • Sila isi borang dan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dengan lengkap sebelum mengemukakan permohonan. Baca panduan dan patuhi syarat serta membuat perakuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

    • Permohonan yang tidak lengkap akan menjejaskan proses permohonan dan seterusnya tidak dapat diberi pertimbangan untuk tindakan selanjutnya.

    • Borang tersebut boleh dihantar secara serahan tangan/ pos/ e-mel kepada alamat berikut:

      Jurutera Awam Penguasa Kanan
      Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard
      Cawangan Jalan
      Ibu Pejabat JKR Malaysia
      Tingkat 21, Menara PJD
      Jalan Tun Razak
      50400 Kuala Lumpur


  3. Selain borang, apakah saya perlu menghantar produk/ barangan sampel kepada JKR/ LLM untuk dinilai?

    • Ya, sampel produk mestilah dihantar kepada JKR/ LLM seperti yang dinyatakan dalam senarai semak dokumen sokongan.

  4. Adakah produk saya perlu diuji terlebih dahulu dan di manakah saya perlu menghantarnya?

    • Sekiranya produk tersebut belum pernah diuji, ianya hendaklah dihantar kepada IKRAM QA atau SIRIM QAS bagi pengujian produk. Kos pengujian ditanggung oleh pihak Tuan.

    • Sekiranya produk/ barangan tuan telah mempunyai kelulusan bahan daripada IKRAM QA.

    • Pastikan kelulusan bahan masih berkuatkuasa sebelum borang permohonan berserta dokumen ujian dihantar kepada JKR/ LLM; atau
    • Jika kelulusan produk masih berkuatkuasa, maka lampirkan sahaja dokumen kelulusan produk yang telah diuji; atau
    • Sekiranya produk tersebut sudah tamat tempoh sah laku sijil pengujian, maka ujian perlu dijalankan bagi memperbaharui sijil kelulusan bahan

  5. Produk saya telah dipasang sejak sekian lama, dan tidak pernah menjalani ujian sebelum ini. Apakah saya perlu menghantar untuk pengujian?

    • Perlu hantar ujian ke IKRAM QA atau SIRIM QAS.

  6. Produk saya telah digunapakai sejak sekian lama dan didapati tahan lasak dan pelanggan syarikat kami sangat berpuas hati. Apa yang saya perlu buat?

    • Sila dapatkan dokumen sokongan daripada pelanggan.

  7. Bagaimanakah dengan kos-kos ujian, logistik dan berkaitan, bolehkah pihak pembekal membuat tuntutan dengan pihak JKR/ LLM?

    • Tidak, segala urusan berkaitan RMAL atau pengesahan produk untuk apa jua tujuan mestilah dibiayai sendiri oleh pembekal atau kontraktor.

  8. Berapa lama tempoh sah kelulusan yang diberikan?

    • Tempoh kelulusan adalah dua (2) tahun dan perlu diperbaharui setelah tamat. Namun ia juga bergantung kepada perubahan spesifikasi dan standard JKR dari masa ke semasa.

  9. Bagaimana saya mahu mendapatkan senarai RMAL?


  10. Produk syarikat kami tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JKR/ LLM. Walaubagaimanapun, produk kami mempunyai prestasi yang baik dan telah digunapakai dalam pasaran sejak sekian lama. Apa yang harus kami lakukan?

    • Pihak tuan boleh mengemukakan rayuan dengan mengemukakan justifikasi beserta dokumen sokongan yang kukuh bagi membolehkan pihak JKR/ LLM membuat penilaian semula terhadap produk/ barangan syarikat tuan.