UNIT PEMBANGUNAN INOVASI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN INOVASI & STANDARD
CAWANGAN JALAN (CJ)

1.0 PENGENALAN

Bahagian Pembangunan Inovasi & Standard (BPIS), Cawangan Jalan telah diwujudkan pada bulan Disember 2014. Pada awal 2014, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya mengesyorkan agar pihak JKR Malaysia mengeluarkan kelulusan bagi produk-produk inovasi dan teknologi terkini untuk kegunaan Jabatan dan rujukan kepada agensi kerajaan yang lain.

Selaras dengan tanggungjawab CJ untuk memberi khidmat kepakaran dalam kejuruteraan jalan & jambatan kepada organisasi JKR dan agensi pelanggan, unit ini mengambil peranan untuk mendaftarkan bahan yang berkualiti dan menepati Spesifikasi bagi kegunaan Jabatan ini serta memberi khidmat perundingan pakar berkaitan bahan dan pengujian.

Bermula Februari 2015 Unit Pembangunan Inovasi, Bahagian Pembangunan Inovasi Dan Standard (BPIS), Cawangan Jalan mengambil usaha ke arah merealisasikan JKR Approved List Of Products For Road Works. Produk perlu melalui ujian Spesifikasi mengikut standard tempatan atau antarabangsa dan juga mematuhi product performance yang ditetapkan.


Pada 17 Mei 2016, mesyuarat penyelarasan bersepadu telah melantik ahli baru daripada LLM bagi bersama-sama memperkasa keputusan permohonan produk/ barangan inovasi dari segi aspek jalan JKR dan lebuh raya.



2.0 VISI CAWANGAN JALAN

Kami berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan di dalam pembangunan infrastruktur jalan melalui pendekatan modal insan yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini.


3.0 MISI CAWANGAN JALAN

Kami akan melaksanakan pembangunan mampan dalam perlaksanaan projek-projek jalan untuk kepentingan generasi sekarang dan yang akan datang.



4.0 OBJEKTIF CAWANGAN JALAN

Objektif kami adalah untuk menyediakan infrastruktur jalan dan jambatan persekutuan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dan menyelaraskan pembinaan jalan dan jambatan bagi menghubungkan kawasan yang sedang membangun dan menentukan bahawa kawasan ini dihubungkan dengan baik.



5.0 OBJEKTIF JAWATANKUASA BERSAMA (JKR-LLM) KELULUSAN PRODUK BAGI KERJA-KERJA JALAN

Memastikan produk-produk inovasi dan teknologi baru bagi kerja-kerja jalan mematuhi aspek piawaian spesifikasi bahan yang diperakui dan ujian ketahanan berasaskan kepada standard tempatan atau antarabangsa dan sebagai pusat pengumpulan maklumat produk yang diluluskan.



6.0 LOKASI



BAHAGIAN PEMBANGUNAN INOVASI DAN STANDARD (BPIS)
PAKAR KEJURUTERAAN JALAN & JAMBATAN
CAWANGAN JALAN
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
TINGKAT 21,
NO.50, MENARA PJD,
50400 JALAN TUN RAZAK
KUALA LUMPUR
Faks : 03 – 4042 0422