Perhatian kepada semua pembekal, pengedar dan pengilang untuk pendaftaran kelulusan produk baru diminta untuk mengemukakan dan maklumat-maklumat berkaitan sebanyak tiga(3) salinan hardcopy borang permohonan dan dokumen yang lengkap kepada Bahagian Pembangunan Inovasi Dan Standard.
MAKLUMAN
Soalan:
Adakah permohonan pendaftaran kelulusan produk/bahan ini adalah diwajibkan kepada semua pembekal, pengedar dan pengilang?
Jawapan:
Tidak. Permohonan yang dikemukakan oleh pembekal, pengeluar dan pengilang bagi tujuan memperoleh kelulusan ini adalah secara sukarela.
Untuk makluman segala urusan permohonan pendaftaran dan kelulusan bahan/produk Jalan (RMAL) hendaklah berurusan dengan Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan, Cawangan Jalan di alamat seperti berikut: Tingkat 21, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia, No. 50, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur (EMEL RASMI: bpisjmal@jkr.gov.my)