BAHAGIAN PAKAR PENGURUSAN KUARI, ASET & ECKM
CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (CKM)

1.0 Objektif CKM

• Menyiapkan kerja rekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
• Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
• Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
• Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan JKR yang dapat memenuhi keperluan semasa jabatan.
• Menyediakan khidmat rundingan teknikal berhubung dengan bidang kejuruteraan mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan tepat dan cepat.



2.0 Fungsi CKM

• Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan perundingan kejuruteraan mekanikal.
• Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal.
• Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang forensik, kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, penambahbaikan spesifikasi, auditan dan penyelidikan.
• Memberi perkhidmatan penyenggaraan sistem dan peralatan mekanikal dalam bangunan-bangunan kerajaan.
• Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi dalaman dan luar.
• Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kenderaan dan loji serta pembangunan kuari.
• Memberi perkhidmatan pengangkutan VVIP (POOL CAR) kepada agensi-agensi kerajaan untuk kegunaan tetamu Negara dan pada Mesyuarat Raja-Raja.
• Pengurusan sumber manusia dan kemajuan kerjaya untuk staf disiplin mekanikal.