SENARAI BAHAN/BARANGAN YANG DILULUSKAN
No | Kod Barang | Nama Barang | Status Barang | |
---|---|---|---|---|
1 | EE021701 | KELUAR SIGN | MANDATORI | ![]() |
2 | EE021702 | EMERGENCY LIGHT | MANDATORI | ![]() |
PEMBATALAN KELULUSAN BAHAN - MCB JENAMA CHINT Adalah dimaklumkan pendaftaran bahan/barangan MCB jenama CHINT model NB1-63H dari syarikat ALPHA AUTOMATION (SELANGOR) Sdn. Bhd. telah ditarik balik kelulusan bermula 28/05/2019
Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil.12/2018 telah membuat ketetapan pendaftaran bahan/barangan tempatan bagi beberapa kategori dalam EMAL JKR untuk kegunaan di dalam projek kendalian JKR. Senarai bahan/barangan tempatan tersebut boleh dirujuk pada LAMPIRAN 1 di dalam surat ruj. (20)PKR(L)2/2/90 bertarikh 1 Mac 2018 di dalam laman sesawang EMAL pada bahagian Rujukan.
Bermula 19 Januari 2019, bagi semua permohonan pembaharuan bahan/barangan di dalam JMaL (EMAL) JKR perlu menggunakan Borang Pembaharuan UPBS/B/PP/PPP Borang 1A PPP (Dis. 2018)
Bermula 1 September 2018, pejabat ini tidak lagi menerima permohonan pendaftaran baru dan permohonan pembaharuan bagi pengilang dari negara luar (bukan pengilang tempatan) untuk Road dan Amenities Lighting Luminaires (jenis LED). Bagi pendaftaran sedia ada dari pengilang negara luar, ianya akan ditamatkan dan dikeluarkan daripada senarai EMAL bermula 15 Oktober 2019 atau tamat tempoh kelulusan sedia ada (yang mana terdahulu).
Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil. 7/2018 bertarikh 27 Julai 2018 telah memutuskan bahan/barangan Ceiling Fan Jenama Mistral (Model : MCF 605A) digantung selama Enam (6) bermula pada tarikh mesyuarat kerana didapati mempunyai masalah berkaitan kapasitor yang dipasang pada model tesebut.
Mulai 1 Ogos 2018, Unit Pensijilan Bahan Dan Standard (UPBS) akan mengadakan sesi semakan dokumen pendaftaran yang dikemukakan oleh pembekal/pengilang bagi permohonan baru dan juga pembaharuan sijil bahan/barangan pada setiap hari Isnin dan Jumaat bagi minggu pertama, minggu kedua dan minggu ketiga setiap bulan bertempat di Pejabat UPBS, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 15 Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR. Surat berkaitan perkara ini boleh disemak pada bahagian Rujukan di laman sesawang EMAL.
PENDAFTARAN BAHAN/BARANGAN MCB JENAMA TECS TIDAK DIPERBAHARUI Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran MCB jenama TECS model EP06 pengilang Terasaki Electric Sdn. Bhd. tidak diperbaharui pendaftaran kerana tidak lagi mematuhi standard IEC 60898-1 dan spesifikasi JKR berkuatkuasa 19 Disember 2017
PEMBATALAN KELULUSAN BAHAN - MCB JENAMA LKE Adalah dimaklumkan pendaftaran bahan/barangan MCB jenama LKE model LH-MX6 & LH-MX10 dari syarikat LKE Electric (M) Sdn. Bhd. telah ditarik balik kelulusan bermula 21/12/2017
PEMBATALAN KELULUSAN BAHAN - PROTECTION RELAY JENAMA MIKRO Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran bahan/barangan model MK1000A, MK231A, MK232A, MK233A, MK234A, MK201A, MK202A, MK203A & MK204A telah DIBATALKAN daripada senarai kelulusan bahan/barang elektrik (EMAL) Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR. Tarikh berkuatkuasa adalah selepas 15 Februari 2018.
Pendaftaran bagi bahan/barangan kipas jenis Ventilating Fan Ceiling Type dan Wall Fan Remote Control Type adalah tidak didaftarkan dalam EMAL/JMAL kerana tiada penggunaan dalam projek JKR.
Kepada semua pengguna EMAL; Tuan/puan disarankan untuk mendapat PERAKUAN BERTULIS daripada pembekal berdaftar bahawa bahan/barangan yang dibekalkan adalah TULEN dan MENEPATI kualiti seperti pendaftaran dengan CKE, JKR . Sekian, Harap maklum.
Untuk makluman segala urusan permohonan pendaftaran bahan/barangan elektrik (EMAL) hendaklah berurusan dengan UNIT PENSIJILAN BAHAN DAN STANDARD (UPBS),CKE di alamat seperti berikut: Tingkat 15, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, No. 6, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TEL: 03-26189726
Sebarang aduan atau maklumbalas berkaitan bahan/brangan elektrik yang berdaftar dalam laman web ini, bolehlah dimajukan ke alamat berikut : adminEMAL@jkr.gov.my
Mesyuarat Pengurusan Projek Cawangan Kejuruteraan Elektrik bil.5/2014 pada 23 Jun 2014 telah memutuskan bahan/barangan elektrik 11kV Dry Type Distibution Transformer jenama GE digantung serta-merta kelulusannya di dalam EMAL berkuatkuasa pada 25 Jun 2014. Penggantungan bahan/barangan tersebut adalah sehingga kajian dan siasatan selesai.
Senarai Hitam Syarikat (Blacklist) - Mana – mana syarikat yang telah didapati mengemukakan dokumen palsu (cth : Laporan Ujian, Surat Akuan Sumpah dll) dalam urusan pendaftaran bahan/barangan dengan JKR, syarikat tersebut akan disenarai hitamkan selama tempoh maksimum 3 tahun dan tertakluk kepada keputusan Jawatan kuasa Kelulusan Bahan. [Peraturan ini akan berkuatkuasa bermula 01 Jun 2014]
Pembekuan Syarikat (Freeze)- Bagi Permohonan pendaftaran bahan/barangan yang telah gagal pengujian di makmal sebanyak 2 kali bagi model yang sama, syarikat tersebut akan dibekukan daripada membuat sebarang urusan dengan pihak JKR selama tempoh maksimum 2 tahun dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Kelulusan Bahan (JKB). [Peraturan ini akan berkuatkuasa bermula 01 Jun 2014]
Bagi Permohonan Pendaftaran Bahan/Barangan untuk disenaraikan dalam Senarai Kelulusan Bahan-bahan JKR Elektrik yang telah ditolak permohonan tersebut oleh Jawatankuasa Kelulusan Bahan (JKB), Pihak pembekal/pengilang tidak dibenarkan untuk mengemukakan permohonan semula selama tempoh tiga(3) bulan daripada tarikh surat tolak dikeluarkan. [Peraturan ini akan berkuatkuasa bermula Jun 2014]
No | Kod Barang | Nama Barang | Status Barang | |
---|---|---|---|---|
1 | EE021701 | KELUAR SIGN | MANDATORI | ![]() |
2 | EE021702 | EMERGENCY LIGHT | MANDATORI | ![]() |
Disclaimer : Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan disebabkan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Copyright & copy; 2019 by JKR Malaysia.