UNIT PENSIJILAN BAHAN DAN STANDARD (UPBS)
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

1.0 Pengenalan
1.1 Sejarah Penubuhan

Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia (CKE) telah diwujudkan pada bulan November 1967, berikutan dengan keputusan Kabinet untuk mengambil alih kerja-kerja pemasangan elektrik bagi projek-projek pembangunan Kerajaan dan senggara elektrik di premis-premis kerajaan yang mana sebelum ini dikendalikan oleh Lembaga Letrik Negara (LLN). Sejak dari itu, CKE telah berkembang dari hanya satu pejabat di Kuala Lumpur kepada satu organisasi yang besar yang merangkumi Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur. Pejabat-pejabat CKE di tiap-tiap negeri serta Unit-unit kecil di tiap-tiap daerah JKR (75 Daerah) di Semenanjung Malaysia. CKE termasuk Unit-unitnya di negeri-negeri adalah satu daripada jabatan-jabatan yang perbelanjaan operasinya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Skop tanggungjawab CKE adalah memberi perkhidmatan sokongan teknikal dan kepakaran kejuruteraan elektrik yang merangkumi bidang elektrik kuasa, elektronik, telekomunikasi dan ICT kepada organisasi utama JKR Malaysia dalam melaksanakan pembangunan dan penyenggaraan premis/bangunan dan infrastruktur kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Selaras dengan tanggungjawab CKE untuk memberi khidmat kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada organisasi JKR dan agensi pelanggan, unit ini ditubuhkan untuk mendaftarkan bahan yang berkualiti dan menepati spesifikasi bagi kegunaan jabatan ini serta memberi perkhidmatan perundingan pakar berkaitan bahan dan pengujian.


2.0 Visi CKE

Menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan bagi kejuruteraan elektrik dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini

3.0 Misi CKE

Misi kami ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dalam perkhidmatan elektrik dengan :

• Membantu pelanggan kami merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
• Mempiawai proses dan sistem kami untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
• Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
• Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
• Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
• Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
• Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
• Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

4.0 Objektif CKE

• Memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur untuk agensi kerajaan dalam bidang kejuruteraan elektrik supaya menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
• Memastikan pengurusan fasiliti aset kejuruteraan elektrik di premis kerajaan menepati amalan terbaik supaya sentiasa berfungsi dengan baik, selamat dan kos efektif.
• Memastikan perkhidmatan perundingan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada agensi kerajaan berasaskan profesionalisme dan berintegriti.

5.0 Objektif Unit Pensijilan Bahan Dan Standard

• Menentukan piawaian bahan-bahan elektrik yang digunakan dalam projek JKR di seluruh Malaysia dan menyenaraikannya.
• Memberika analisa dan cadangan penambahbaikan teknikal, spesifikasi dan standard bahan/barangan elektrik yang digunapakai dalam rekabentuk/pepasangan elektrik.

6.0 Fungsi Utama Unit Pensijilan Bahan dan Standard

• Memastikan dan mengawal kualiti bahan/barangan elektrik bagi mematuhi standard dan kehendak spesifikasi yang ditetapkan serta menyenaraikannya.
• Membuat analisa dan cadangan penambahbaikan teknikal spesifikasi dan standard bahan/barangan elektrik yang digunapakai dalam rekabentuk/pepasangan elektrik.
• Memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan spesifikasi dan standard bahan/barangan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang memerlukan.
• Mewakili JKR dalam Jawatan Kuasa Teknikal seperti di SIRIM, Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Standard dan lain-lain agensi kerajaan.

7.0 Piagam Pelanggan

Selaras dengan piagam Cawangan Kejuruteraan Elektrik, kami adalah komited untuk memberi khidmat kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada organisasi JKR dan agensi pelanggan berdasarkan norma-norma berikut:

Pengurusan Kawalan Bahan

  1. Mengeluarkan keputusan permohonan baru daripada pembekal/pengilang tidak melebihi lapan (8) minggu dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima
  2. Mengeluarkan keputusan ke atas permohonan pembaharuan daripada pembekal/pengilang tidak melebihi dua (2) minggu dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima

8.0 Lokasi



UNIT PENSIJILAN BAHAN DAN STANDARD
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Aras 15, Menara Kerja Raya (Blok G),
Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur

Tel : 03 2618 9726/ 03 2618 9729
Faks : 03 2618 9844
E-mail : adminEMAL@jkr.gov.my