UNIT PEMBANGUNAN INOVASI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN INOVASI & STANDARD
CAWANGAN JALAN (CJ)
- Apakah itu RMAL?
- RMAL adalah singkatan daripada ‘Road Material Approved List’ yang merupakan satu sistem portal senarai bahan/ barang yang telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Bersama (JKR-LLM) Kelulusan Produk bagi Kerja-Kerja Jalan (JBKPJ).
- Bagaimana saya hendak mendaftar produk keluaran syarikat saya?
- Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang JKR Malaysia atau dari pautan https://jmal.jkr.gov.my/rmal
- Sila isi borang dan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dengan lengkap sebelum mengemukakan permohonan. Baca panduan dan patuhi syarat serta membuat perakuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
- Permohonan yang tidak lengkap akan menjejaskan proses permohonan dan seterusnya tidak dapat diberi pertimbangan untuk tindakan selanjutnya.
- Borang tersebut boleh dihantar secara serahan tangan/ pos/ e-mel kepada alamat berikut:
Jurutera Awam Penguasa Kanan
Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard
Cawangan Jalan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 21, Menara PJD
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur - Selain borang, apakah saya perlu menghantar produk/ barangan sampel kepada JKR/ LLM untuk dinilai?
- Ya, sampel produk mestilah dihantar kepada JKR/ LLM seperti yang dinyatakan dalam senarai semak dokumen sokongan.
- Adakah produk saya perlu diuji terlebih dahulu dan di manakah saya perlu menghantarnya?
- Sekiranya produk tersebut belum pernah diuji, ianya hendaklah dihantar kepada IKRAM QA atau SIRIM QAS bagi pengujian produk. Kos pengujian ditanggung oleh pihak Tuan.
- Sekiranya produk/ barangan tuan telah mempunyai kelulusan bahan daripada IKRAM QA.
- Pastikan kelulusan bahan masih berkuatkuasa sebelum borang permohonan berserta dokumen ujian dihantar kepada JKR/ LLM; atau
- Jika kelulusan produk masih berkuatkuasa, maka lampirkan sahaja dokumen kelulusan produk yang telah diuji; atau
- Sekiranya produk tersebut sudah tamat tempoh sah laku sijil pengujian, maka ujian perlu dijalankan bagi memperbaharui sijil kelulusan bahan
- Produk saya telah dipasang sejak sekian lama, dan tidak pernah menjalani ujian sebelum ini. Apakah saya perlu menghantar untuk pengujian?
- Perlu hantar ujian ke IKRAM QA atau SIRIM QAS.
- Produk saya telah digunapakai sejak sekian lama dan didapati tahan lasak dan pelanggan syarikat kami sangat berpuas hati. Apa yang saya perlu buat?
- Sila dapatkan dokumen sokongan daripada pelanggan.
- Bagaimanakah dengan kos-kos ujian, logistik dan berkaitan, bolehkah pihak pembekal membuat tuntutan dengan pihak JKR/ LLM?
- Tidak, segala urusan berkaitan RMAL atau pengesahan produk untuk apa jua tujuan mestilah dibiayai sendiri oleh pembekal atau kontraktor.
- Berapa lama tempoh sah kelulusan yang diberikan?
- Tempoh kelulusan adalah dua (2) tahun dan perlu diperbaharui setelah tamat. Namun ia juga bergantung kepada perubahan spesifikasi dan standard JKR dari masa ke semasa.
- Bagaimana saya mahu mendapatkan senarai RMAL?
- Sila layari dari laman sesawang rasmi JKR Malaysia atau terus ke pautan https://jmal.jkr.gov.my/rmal
- Produk syarikat kami tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JKR/ LLM. Walaubagaimanapun, produk kami mempunyai prestasi yang baik dan telah digunapakai dalam pasaran sejak sekian lama. Apa yang harus kami lakukan?
- Pihak tuan boleh mengemukakan rayuan dengan mengemukakan justifikasi beserta dokumen sokongan yang kukuh bagi membolehkan pihak JKR/ LLM membuat penilaian semula terhadap produk/ barangan syarikat tuan.